Home » Takluk Jagat by Zaki Zainol
Takluk Jagat Zaki Zainol

Takluk Jagat

Zaki Zainol

Published
ISBN :
Paperback
Enter the sum

 About the Book 

Tanah Ini akan bergolak. Tiada siapa yang menyangkanya dan tiada siapa yang bersedia. Antara Dasyuria dan Sedinggi – dua negeri yang bersempadan, ada api dalam sekam yang terpendam sekian lama.Bayu Adi Jata, seorang pemuda yang tinggal terasingMoreTanah Ini akan bergolak. Tiada siapa yang menyangkanya dan tiada siapa yang bersedia. Antara Dasyuria dan Sedinggi – dua negeri yang bersempadan, ada api dalam sekam yang terpendam sekian lama.Bayu Adi Jata, seorang pemuda yang tinggal terasing bersama-sama datuknya, tidak menyangka akan terjebak dalam sengketa antara negeri dan juga antara alam.Bermula dengan sebuah kematian dan kehilangan keris panjang yang cuma menjadi sendal pintu pondoknya, Bayu Adi Jata terpaksa memulakan pencarian. Daripada sebuah pondok terpencil ke dunia luas. Satu demi satu rahsia hidupnya terbongkar. Antara kebaikan dan kejahatan, ada jalur kelabu di tengah-tengah.Dia mengenal siapa Ariasha Cinta Castra, gadis misteri yang seakan-akan mengetahui rahsia hidupnya. Tanpa dapat ditolak, Bayu Adi Jata menjadi perantara antara alam manusia dan bunian. Kemudian munculnya, Pemusnah Jiwa, orang yang paling ditakuti di Tanah Ini.Dapatkah Bayu Adi Jata menamatkan pencariannya? Mampukah dia menggantikan dendam dengan kemaafan? Atau adakah kegelapan akan menelannya dan melenyapkan cinta yang baru berputik?Demi menundukkan Lambang Kekejaman, Penzalim yang Sunyi terpaksa dibangkitkan!